Perhatian ! Malware Kian Berleluasa !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okay, kali ni Mia nak bercerita tentang kisah Encik Malware yang hensem lagi ganteng. Ewaahh! Nak tahu ? Nak tahu tak, hari ni dah banyak kali Mia terserempak dengan Encik Malware ni.. Terjah blog orang je, mesti ade..Ishh..Seram pulak rasanya..

Ramai jugak yang terkena virus nih.. Mia pun rasa tak lena nak lelapkan mata, takutnya lah blog Mia pulak yang kena..Tarik nafas yang tak lega! Mia terus ketuk pintu rumah Pak Cik Google, nak tahu jugaklah apa puncanya Encik Malware mengamuk kat blog orang.. Haa.. Kebanyakannya, blog yang kena malware nih adalah blog yang ada BLOGLIST!. Mia pun tak pasti, sebab Mia tengok ramai yang terkena disebabkan Bloglist dan Link-Link (yang ada virus). "kemungkinan besar, anda meletakkan url blog pembawa malware itu ke dalam senarai bloglist anda." - hasil carian kat google.

Nih dia. Encik Malware yang diheboh-hebahkan tuh!
Huh.. Sila ambil langkah keselamatan tau.. Sediakan payung sebelum hujan..
Cari sedikit sebanyak macam mana nak delete benda nih.. Search kat google.. Gerenti korang akan jumpa dengan blogger yang dah ada pengalaman terkena virus nih..

Apapun, tolonglah. tolonglah. kalau blog Mia terkena macam ni, korang kasitau kat Mia ye!
Malang tidak berbau..:(

Sila Percaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Percaya atau tidak, blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki..
Tadi Mia dah buat siasatan kat rumah Pak Cik Google..Sah dan terbukti, perempuan lah yang paling ramai..Ada jugak pihak yang menyatakan blogger lelaki lebih ramai daripada perempuan. Yeke? Eh abaikan..Yang penting Mia nak katakan kat sini blogger perempuan lebih ramai.Boleh ?

Bukti yang Mia jumpai..
Yang pertama..
follower lebih ramai adalah perempuan..Kan?
Cuba tengok follower korang.. 
Yang kedua..
geng rajin singgah menyunggah, perempuan jugak yang ramai..
Yang ketiga..
Komen, join-join contest, yang ramainya cuma perempuan..
Eh rajin betul perempuan ni kan..
Mana lelaki ?

Dan sila percaya satu lagi..Satu je lagi okay.. Background blog kebanyakannya bertemakan merahjambu atau disebut dalam bahasa Mat Salleh ialah 'Pink'.. (termasuk blog Mia) Haha. Kan ?  Sah pemiliknya perempuan.. Selain 'Pink', biru muda juga menjadi pilihan utama kaum perempuan yang mempunyai blog.. Agak kurang yang memilih warna lain. Sila perhatikan dan sila percaya!
lalalala : lelaki pun ramai jugak, tapi tak ramai yang selalu aktif..

Selamat Hari Lahir Untuk Seseorang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Ehhem.. Hari ini adalah 28 Oktober 2011.. Hee..Tu pun nak kasitau ka ?
Okay, memandangkan esok adalah 29 Oktober yang merupakan tarikh seseorang yang telah dilahirkan ke dunia ni.. Siapa dia ? Biarlah dia saja yang tahu siapa dia..Dengan ini, Mia nak ucapkan "Selamat Hari Lahir ".
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan bahagia selalu..

Bertungkus lumus buat semua ni.. Hebat kann.. Hee.
Ucapan ini sengaja di awalkan.. Maklumlah tahun ni tak dapat nak kasi hadiah kat dia,
ini saja yang mampu.. Sedih bunyinya kan? Okay,rakan-rakan blogger sekalian, jom wish kan dia punya birthday walaupun korang tak kenal siapa dia..Mia nak jadikan semua ni hadiah untuk dia. Harap dia senyum sampai ke telinga hendaknya. 

lalalala : dah kenal dia selama 1 tahun 6 bulan 1 minggu.

Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Chaakk ! Haa.. Mia join kempen lah..
Jom join. Klik SINI ..

Agak menarik jugak ar join kempen ni..
Boleh kenal budak blog dengan lebih ramai lagi..Hee.
Banyak pengalaman yang kita akan dapat nanti..

Yang belum join, jom turut serta..
Rugi kalau tak join..

Komik Hantu Lapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Hee..hari ni baru Mia sempat nak copy semua cerita Hantu Lapar..
Terima kasih kepada Mia punya director iaitu Biqa Hatmin.. :p

Director : Biqa HatMin
Barisan pelakon hebat :
Hero : Phat
Heroin : Mia 
Hantu Lapar : Safwan Mahzin
Adik Hantu : Aisya
Pelakon tambahan : Huda Diaz ( hantu sedih )

 
Hasil copy sepenuhnya dari Biqa Hatmin

Cemburu Ataupun Ego ? Gedik Ataupun Mengada ? Perasan Ataupun Terlebih bagus ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Pehh..tajuk ! Mengalahkan rancangan Melodi..Haha..
Ok. Tak payah pedulikan tajuk utama..
Hari ni, Mia nak tanya pendapat korang lah.. Terutama pendapat dari insan yang bernama lelaki.. Pendapat dari pihak perempuan jugak dimahukan..

Begini kisahnya..
Semalam Mia keluar dengan kawan, dan kawan Mia tu bawa dia punya sepupu (perempuan)..
Mia tak lah rapat sangat dengan sepupunya tu..Cuma kenal-kenal camtu je..

Disepanjang perjalanan kami, sungguh Mia tak sangka..
Sepupu kawan Mia tu banyak pulak perangainya..

Yang pertama,
Bila ada lelaki tersilap pandang, tak tau lah lelaki tu pandang kat sape,
tapi, sepupu kawan Mia tu boleh pulak cakap 'lelaki-lelaki' tu nak ngorat dia..Walhal, tak tahu pun lelaki tu pandang kat dia ataupun tidak.. Dah diorang ada mata, mestilah terpandang kan ? Tak semestinya nak mengorat kan ?

Yang kedua,
Suka sangat nak lalu didepan budak lelaki yang ramai.. Motif ?
Senang-senang je dia jawab, "nak takut apa?"

Yang ketiga,
Merajuk dengan tetiba.. Awalnya dia ada cakap nak singgah kat tempat dia kerja..
Tapi, Mia tak layan sebab takut lewat balik ke rumah nanti..
Kerana nak puaskan hati dia, ok.. Mia bawak dia ke tempat dia bekerja tu.
Kemain lama dia berborak dengan kawan-kawan dia.. Pehh.. penat Mia menunggu kat luar..
( kawan Mia cakap , sepupu aku tu suka kat manager lelaki yang baru, sebab tu dia nak sangat singgah kat tempat kerja dia ni )
Eh.. kalau Mia tahu camni, takkan aku bawak kau kesini.."bercakap dalam hati".
Penat menunggu dia hampir setengah jam..

Yang keempat,
Mudah berkenan kat lelaki hensem.. Tak kiralah balak orang ke, laki orang ke..
Eh nasib baik Mia takde BF.. Kalau tak, ngan BF aku sekali kau kebas! Haha..

Yang kelima,
Bila berdepan dengan lelaki, "Yang baik semua bagi kat dia, Yang buruk semua bagi kat orang lain.."
Nak tunjuk baik kononnya.. Nak bagi semua lelaki pandang elok je kat dia..
Kata kawan Mia, pernah sekali sepupunya tu tengking dia depan lelaki.. dapat malu free je kan kawan Mia tu..Kesian..

Alahai.. macam-macam dia punya perangai..
Semua manusia tak sempurna, tapi janganla sampai buat orang lain jadi mangsa demi kebaikan sendiri..Pentingkan diri sendiri namanya tu..
Apa pendapat korang ? Lelaki terutamanya..
Bila lelaki tengok perempuan, 'terpandang' la katakan, apa motif korang ?
Takkan terpandang je korang dah ada niat nak mengorat ? Tak semestinya macam tu kan ?.
Dah ada mata, mestilah tertengok..

Apa pendapat korang bila ada perempuan bersikap camni ?
Anda suka ? Kongsi sama saya..:p

lalalala : Ada sesiapa punya kawan macam ni ?

Terima Kasih Sebab Jadikan Mia Heroin Dalam Komik Hantu Lapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Biqa HatMin kerana sudi pilih Mia untuk dijadikan heroin dalam Komik Hantu Lapar..
Ahha..gembira sangat..Alhamdulillah..Mia macam tak percaya je dapat jadi heroin..Hehe..
Terima kasih sekali lagi ye..

Jom tengok teaser Hantu Lapar.. 


Kalau ada heroin, mesti ada heronya kan ? Kan kan ? Hehe..
kalau nak tau lebih lanjut lagi bolehlah singgah blog Biqa HatMin

Contest Blog Paling Cute by FN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ehhem .. Hari ni Mia join contest lagi.. Hee..Thanks pada Aqyla Iglesias sebab tag Mia..
Yeahh ! Mia join !
Sesape nak join bolehlah singgah SINI ..

Orang yang Mia pilih untuk tag ialah :

Tercalon Dalam Segmen Mencari Watak Hantu Lapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wah.. tak sangka den.. 
Mia tercalon dalam pencarian watak tu.. Tercalon dalam watak heroin pulak tuh.. Hehe..
Berjaya atau tak dapat watak tu, Mia tak kisah.. Dah tercalon pun Mia bersyukur sangat.. Hee..Alhamdulillah.. Nama saya ade.. :p
Thanks Biqa HatMin .. ( sudi-sudilah singgah blognya )
Katanya keputusan akan diumumkan malam ni..

Tersimpan Lagi Mainan Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Uwahh.. Mengantoknye ! Pepagi buta mata masih belum dapat tido..
Daripada tak buat pape, baik Mia rajin-rajinkan tangan untuk berkongsi cerita dalam blog ni kan.. Kan kan ? Ngee..

Cari benda lain, jumpa benda lain..
Eshh .. geram betullah ..
Tapi tak ngape, benda yang dijumpai tu boleh mengenang kembali zaman yang sudah ditinggalkan zaman..
Yelah.. sekarang sudah zaman 2011.. Tak gitu ? ..

Haa.. Ni lah mainan Mia masa kecik-kecik dulu..
Mainan yang Mia ada dulu banyak sangat.. Budak-budak kan.. Mestila suka sangat dengan mainan..dan
budak-budak itu termasuk Mia pada zaman silam yang kian suram .. Pehh ..
Ni je yang ada, yang lain-lain dah hilang, dah terbuang kot..

Apapun, terima kasih pencarian. Tanpa kau, Mia takkan terjumpa dengan
mainan ni.. Mainan ni akan Mia simpan sebaik mungkin, manelah tahu bila dah _________ dan dah ada____________nanti, bolehlah Mia tunjukkan kat diorang kelak .. Ngee..

Haa.. korang simpan lagi ke mainan zaman kanak-kanak dulu ?
kalau ada, simpan laa ek.. Boleh jadikan koleksi untuk tatapan masa tua nanti .. Ngehee..

lalalala : masa pantas berlalu..

Segmen Mencari Watak Komik Hantu Lapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ohhaa.. Mia join ini segmen lah..
Macam best pulak.. Hee..
Tak dapat masuk Rancangan Pilih Kasih, dapat masuk segmen ni pun jadilah .. Ngee..
Rajinkan jari jemari untuk klik dan singgah Biqa HatMin : Segmen Mencari Watak Komik Hantu Lapar

Contest Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 


Eh ! Eh ! Mia join contest lah.. Hee..
Jom singgah Blog Cik Fahuna 
Tarikh tutup penyertaan ni 27 Oktober 2011 ..

Menangis Sebab ..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Haa.. tengok tajuk mesti nak tahu kan Mia menangis sebab apa ?
Haha .. Jangan salah sangka.. Mia menangis bukan sebab putus cinta, juga bukan kerana nasi dah jadi bubur.. Wehee.. Sebenarnya Mia menangis sebab tengok cerita
Hui Jia De You Huo.. 
Sedih woo dia punya ending..
Sampai tak cukup tisu kat rumah .. Yelah.. Buat lap airmata ni.. Hee.. 

Kalau korang layan cerita ni dari awal sampai akhir, memang tak bleh blah..
Sedih tahap melampau.. Cerita ni ditayangkan kat RTM2, jam 6 petang.. Tapi cerita ni belum tamat lagi kat rtm2.. Mia tengok kat Youtube lah dia punya ending tu.. 

Sedih, memang sedih cerita ni.. Episod akhir memang buat Mia menangis..
Boleh kasi 5 bintang pada cerita ni sebab endingnya memang puas hati.. Terbaik !

 ( Shi Xian mati bersama Ai Li didalam laut )
( Kao Shan Shan akhirnya merestui Wen Yuan dengan Pin Ru )
( Lin Pin Ru & Wen Yuan akhirnya berkahwin )
( Bao Lian & Ye De juga berkahwin pada hari yang sama dengan
hari perkahwinan Lin Pin Ru & Wen Yuan )

Sedih kau tahu ! Tak pernah menangis gara-gara tengok cerita, tapi cerita ni memaksa mata ni untuk menangis..  Uwaaaa... sedih seketika..

lalalala : tak pernah macam ni..

Eh Yeke ? Aku Baru Tahu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Eh . Terkejut ! Terperanjat ! Macam tak nak percaya je .. Rasa nak tampar laju-laju je muka ni..


haa. macam ni lah muka Mia bila terkejut .. Mulut ternganga, bijik mata macam nak terkeluar ouh ! Haha.. 
Tengah seronok baca status orang kat Facebook, tetiba Mia terbaca satu post yang menyatakan "Lelaki Kahwin Lewat Anak Kurang Bijak" .. Ada dalam paper lagi ouh .. Kau tahu ? Eh Mia baru tahulah !.. Haha..
Ape nak dikata, saya tak suka sangat baca paper.. Wehee..
Mesti korang pernah terbaca pasal benda ni kan.. Alaa.. kalau dah tahu, diam sajelah.. Sebab Mia baru nak buat kecoh je ni.. Bole ? Haha..

Haa.. pada yang tak tau lagi tu, tengok gambar bawah ni.. tengok..


agak betul kan ? eh betul laa.. nak betul lagi .. tengok lagi..



Haa.. Mula-mula tengok agak tak percaya laa dengan artikel tu.. Tapi boleh percaya
ke semua benda tu ? Alaa.. Yeke dapat anak kurang bijak bila lelaki kahwin lewat?..
Tuh berlambak je lelaki kahwin lewat dapat anak cerdik.. Entah lerr nak cakap pun tak kena..

Kepada insan yang bernama Lelaki tu, sila ambil perhatian lah ye.. Kahwin ler cepat-cepat kalau nak anak cerdik.. Haha.. Kalau yang dah ada awek tu, cepat ler masuk meminang.. :p


Dah.. ni je yang mampu Mia taip.. Penyakit malas punya pasal dah datang..


lalalala : macam-macam dunia.

Saat Terakhir Dalam Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ni, terasa seperti mood dah pergi.. Hurmm.. Kegembiraan hilang dengan tiba-tiba..
Kenapa dengan diri ini .. Kenapa otak mula aktif berfikir pada benda yang bukan-bukan..
Hati mula bertanya.. Kenapa dengan Mia ? Apa yang dah terjadi..


Kejadian yang sama terus berulang.. 3 malam berturut-turut kepala ni asyik sakit je
dengan tetiba.. Pada malam 2 hari lepas, sakit mula
menyerang kepala ni. Terasa seperti ada orang yang ketuk kepala ni dengan kayu.. Eh kalau ada orang kat belakang Mia pada masa tuh, dah memang kena sepak dah..Tapi Mia hanya keseorangan didalam bilik..
Apa daya, sakit yang teramat sangat..
Hanya Tuhan je tau pada masa tu.. Mia cuba untuk bangun, tapi Mia jatuh.. Sakit sangat..Sampai mata pun tak boleh nak bukak.. Sakit yang terlalu, pedih seperti ada darah yang mengalir, hingga dada mula sesak.Nafas mula perlahan.. 


Pada masa tu jugak, hati mulalah nak sebak.. Perkara yang bukan-bukan mula difikirkan..
Hati mula bersuara, adakah ini yang terakhir dalam hidup ni.. dan .. bagaimana kalau ini yang terakhir..
Kita yang hidup pasti akan kembali padaNya.. Alhamdulillah, sakit tu tak lama.. Sakit cuma datang dengan tetiba je.. Tapi lepas tu, sakit tu akan hilang..


Mia harap ini cuma sakit kepala biasa je.. 
Apa yang penting, kita harus bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi kat kita..
Hidup ni tak lama.. Sesiapapun pasti akan mati..
Ingat lima perkara sebelum lima perkara..
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua..
Kaya sebelum miskin..
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum Mati..





Semua Tentang Mia

Salam semua ! 
Hey! Hey! Ehhem .. Kali ni nak bercerita pasal diri Mia plak ekk..
Sape kenal Mia Meymi ? Kalau tak kenal sila angkat tangan ..
Ohhoo .. dah semestinya takde siapa yang kenal ... Siapalah sangat Mia ni kan ..
Bukannya Fara Fauzana pun yang selalu duk sebut 'Lebih Hangat Daripada Biasa' ..
Ahha! Hangat-hangat taik ayam adelah ..
Oke..perhatian semuanya! Fokuskan mata anda ke arah blog Mia, baca slow-slow,
tak payah nak laju-laju, takkan lari gunung dikejar .. Lalala..


 Nama saya MIA .. cehh .. bukan adik Mia Sara Nasuha ye ..
Saya Mia .. bukan Mia lain.. Mia adalah saya, saya adalah Mia .. Ahha ..:p


 Mia suka warna PINK oke .. Pink sangat.. semua benda nak pink..
Entahlah.. Diri sendiri tak tau nape suka pink..
Baju pun banyak yang Pink.. Alahai .. kesian warna-warna yang lain ..
Aiikk .. nape pulak nak kesian ? Yelaa .. sebab Mia tak layan warna yang lain tuh ..
Dah tak minat .. Nak buat camne kan..
Tapi tak minat tak semestinya warna tu Mia tak pilih kan ?..
Ade..Kalau warna lain, tapi nampak menarik, cantik, Mia pilihla..



Ade yang tanya Mia ni study lagi ke, sekolah lagi ke, dah keje ke ?
Eh .. Banyakla keje.. Study pun belom habis lagi oke!
Study dulu lah, baru kerja..
Yang lebih lawak lagi, ade yang cakap Mia ni budak sekolah lagi ?
Rase nak terkeluar bijik mata nih hang cakap camtuh!
Alaa.. tapi best jugak orang cakap camtu..Ehhee..
Terasa diri ni masih kecik lagi .. Belom tua lagi .. Ahhaa..



Haa..nak tau apa yang Mia suka buat time takde keje ?
Ohooo.. buat apa lagi, tengok tv lah! Kalau takde drama yang best, Facebook lah yang
Mia jadikan mangsa untuk habiskan masa ..



Apa yang buat Mia tertarik ? Apa yang Mia minat ?
Oke ..
Mia suka benda yang comel, eh kalau dah comel tuh comfirm la Mia tertarik..
Apa lagi kalau benda tu pink, alololo cutenye!
Mia suka teddy bear, eee! geram sangat bila tengok bear..
Kat rumah Mia penuh dengan bear tau tak..
Kalau minat pulak, Mia minat melukis, minat sangat ..
Tapi lukisan Mia tak secantik lukisan yang cantik ..
Hee.. lukis hodoh-hodoh bolehla..Ahhaa..



Mia suka kucing .. Suka gila-gila.. Eh suka sangatlah!
Tak kiralah kucing tu comel ke, tak comel ke, tak kesah..
Bila tengok kucing je, mesti ada perasaan sayang..
Kalau Mia terjumpa kucing kat tepi jalan, alahai .. perasaan sedih tetibe boleh datang..
Sedih kalau tengok kucing terbiar yang ada kat tepi jalan tu..
Kurus, entah apela dia makan..Sob sob sob..Uhukk..



Dan SATU lagi.... ... ... soalan yang paling cepumas!
Soalan tu berbunyi camni..
( Awak dah couple ? )
( Awan dah ade pakwe belom ? )
Eee... Soalan tu lagi ..
Entahlah .. nak jawab ape ek.. pasal BF, NO KOMEN !
tu hal peribadi saya .. Weheuu..
kalau nak tau jugak, oke!
Ni pakwe Mia..



amcam ? hensem tak ? Ahha!
Ni lah Bondan Prakoso ! Dah tau kan ? Dah kenal kan ? Ehee..
Dia ni lah yang nyanyi lagu "Ya Sudahlah" tuu..
Kalau tengok dia punya video klip, alahai .. .. memang hensem lah!
Nak pakwe muka camni lah. ! Bole ? Weheuu ..




Oke.. ni je pasal Mia.. Apa yang Mia taip semua berkenaan dengan diri Mia..
Tak de kena mengena dengan sesape pun !
Tak payah tanya ape-ape lagi, semuanya dah lengkap oke..
Gak usah gedik tanya soalan lain lagi .. :p
Harap Maklum ! ~
Sekian Terima Kasih ! Ahha..