Spesis Penakut Terlampau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Ehhem. Kali ni Mia nak kongsikan tragedi Disember 2007 yang menikam kalbu serta mengguris jiwa. Oh tidakk. Peristiwa itu masih bergelora kat minda ni walaupun otakku ini telah di format berkali-kali. Peristiwa tersebut tidak ramai yang tahu,hanya orang-orang yang sewaktu dengannya saja yang mengetahuinya. Ehheeh.

Okay, Mia tak nak merapu merepek panjang-panjang, nanti panjang pulak entry ni. Sebenarnya Mia nak kongsikan dengan korang SATU kenangan yang dah berlaku pada Mia sendiri. Kenangan tu boleh dikategorikan kenangan yang malu,kelakar,lawak,sedih,tragis,ape-ape jelaa. 

Tahun 2007 yang lalu, Mia ade pergi buat lesen memandu ( motor&kereta ), mula-mula macam biasa la kan, hadiri kursus, kemudian ambil ujian berkomputer. Dalam ujian tu Mia lulus dapat 45/50. Mueheheh. TAPI, bila kursus PRA-L di suruh naik motor, Mia tak bolehhhh!! Pelatih yang ada kat situ suruh Mia pegang motor tu pn Mia tak nak. Disebabkan perasaan takut terlampau, sejak hari tu Mia dah tak pergi semua kursus serta ujian yang seterusnya. Segalanya berakhir camtu je. Nasib baikla mama Mia bebel tak banyak, sebab mama Mia faham yang anaknya ni seorang yang penakut.

( tu dia, tersimpan lagi.. :p ) 
Sampai hari ni Mia masih tak lupa ape yang jadi. Terasa sedih jugak sebab tak dapat nak buat lesen macam orang laen. Ape lagi nak pandai bawak motor & kereta kat jalan raya, memang sesuatu yang ajaib la. Kadang-kadang malu jugak dengan kawan-kawan yang lain, Mia sorang yang takut nak hadapi semua tu.

InsyaAllah, ape yang mustahil akan terwujud jugak. Awal bulan Jun nanti mama suruh Mia pergi buat lesen. Dengan usaha dan doa, Mia yakin dapat belajar dan dapat lesen macam orang lain. Mueheheh.

KEMBALI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adeh. Macam mane nak mula ni? Hello semua, ape kabo? Harap semuanya sihat walafiat hendaknya. Mia terasa kekok dan segan dengan blog sendiri. Maklumlah sejak hari jumaat tahun lalu yang bertarikh 9 Disember 2011  adalah saat terakhir Mia update blog ni. Lepas tu Mia terus hilang dan blah camtu je. Mueheheh. Punyela lame Mia tak pedulikan blog ni sampai dah berhabuk.

Pada yang nak tahu kemana Mia pergi dan kenapa Mia menghilang, Mia sebenarnye tak menghilang pun, Mia ade je, cuma Mia terkena penyakit malas yang kritikal. Malas yang semalas-malasnye ! Hehehhhsss. Lagipun Mia sibuk dengan kehidupan sendiri sampai takde masa nak tatap dan belai blog ni. Ngee. Soorrryy bangett yaa kawan-kawanku yang ade kat blog ni.

Okay, memandangkan hari ini adalah hari jumaat, 11 Mei 2012, Mia akan kembali semula untuk berblog. Setelah hampir 5 tahun Mia kasi bye-bye kat blog ni, akhirnya Mia kembali dengan hai-hai. Heee. Eh silap, 5 bulan la. Muehehehee. InsyaAllah kalau Mia ada masa, Mia akan terjah blog sesiapa pun yang Mia suke. :)


( Rindu pada kawan-kawan blog )