Mesej Penting Yang Mensiakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Kali nak cerita sesuatu yang telah terjadi pada diri Mia dua tiga hari lepas. Terasa bagaikan betapa pedihnya amarah dalam hati ni.

Okay, kisahnya camni..Mia ada hantar mesej yang penting kat kawan Mia, kemain semangat lagi taip mesej dengan harapan dia akan balas. Tapi lepas hantar tu Mia tak check balik dalam sent item. Abaikan camtu je. Tunggu punya tunggu takde jugak mesej yang dia balas. Dalam kepala otak ni 'dia ni takde kredit ke atau sengaja taknak balas mesej aku..sia-sia aku taip mesej..ngok betul"..Demi menjimatkan kredit, Mia buat tak tahu je,malas la nak telefon. Hati ni memang dah betul-betul merajuk dengan dia. Lantak dialah tak nak balas mesej pun.

Tapi dengan secara tak sengaja Mia bukak folder sent item, belek punya belek, "eh aku ni hantar mesej kat orang lain nape orang lain pulak yang aku sent". Okay kali ni Mia pulak yang ngok..Free je dapat dosa marah kat kawan Mia tu padahal Mia sendiri yang salah. Silap hantar mesej kat orang lain rupanya! Memang cuai betullah. Orang yang dapat mesej tu pun satu hal, boleh pulak dia buat tak tahu je.! Bukannya nak tegur salah Mia hantar mesej kat dia. Adeh.


Sepanjang kenal henfon tak pernah jadi camtu. Tu yang pertama kali berlaku. Huh..

Jadi,kepada sesiapa yang nak hantar mesej tu, janganla cuai macam Mia. Tengok betul-betul kepada siapa yang kita nak hantar. Nanti tak pasal-pasal mesej yang nak dihantar kepada buah hati tersalah hantar pada mak,ayah,nenek,kawan,cikgu,maksedara dan sebagainya. Fikir-fikirkanla apa yang akan terjadi lepas tu..:p

Notapendek: Sia-sia berharap pada sesuatu yang mustahil.