Blogger Syok Sendiri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okay, hari ni sudah banyak blog yang Mia terjah.. Semuanya okay dan masih belum dikategorikan K.O ( k.out! ). Semua blog lawa, masing-masing ada kreativiti sendiri. Tapi, tapi kan...kenapa Mia buat tajuk Blogger Syok Sendiri ? Kenapakah ? Okay, sebagai seorang blogger, jangan syok sendiri boleh ?
Mia takdela nak tuju kat sape-sape, tapi ada sesetengah blogger tu punyalah angkuh sombong diri..Untuk apa korang bina blog ? Orang buat blog, kita nak buat blog jugak. Tapi sombong plak dahh.. Tegur orang pun tidak, lepas tu letak syarat pulak kat blog. Hello..! Nak letak syarat tu boleh, tapi jangan keterlaluan. Nak ke orang masuk blog awak, tengok syarat awak macam Puteri Gunung Ganang, terus orang tekan pangkah. Memanglah tu blog awak, hak awak, tapi kalau segitu rupanya, silakan private blog anda. Banyak cerewet plak dahh..
Kalau orang dah follow, pastu orang tu suruh follow balik, apa salahnya kalau follow dia pulak. Adehh. Awak nak orang follow awak, tapi berlagak tak nak follow orang lain, amboii macam artis pulak kan. Artis pun tak sombong macam awaklah.
Kita kat sini semuanya kawan. Perasaan sombong tu campak jelaa ke longkang.. Kalau sibuk dengan kerja, tak sempat nak tegur orang, tak mengapa..Takde silapnya..Tapi kalau duk goyang kaki, syok sendiri menaip entry, letak syarat macam-macam, memang silap. Baik tak payah unprivate blog tu ye..
Mia hanya nak berpesan. Bukan nak marah.. Untuk kebaikan semua orang jugak. Alhamdulillah semua kawan-kawan Mia yang ada kat blog ni takde yang punya ciri-ciri seperti diatas.
lalalala : SS ? Bukan syok sendiri tapi Sila Senyum.
Lepas Kenyang Lepas Geram
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Boleh tahan penat keluar dengan kawan-kawan. Ada je kemana nak pergi, ke situ, ke sini, pening dibuatnya. Tapi tak mengapa, demi kawan Mia sanggup lakukan apa saja. Rasa penat boleh hilang serta merta dengan adanya gelak tawa dari diorang.
Seperti biasa, kalau keluar tak makan memang bukan jenis kitorang. Wajib makan kat mana-mana asalkan perut kenyang. Kali ni kitorang pilih makan kat KFC, makan sampai kenyang hingga tak larat nak berjalan. Teruknya kan ?
Perut ni dah penuh dengan daging ayam, laju-laju angkat kaki pulang rumah. Sampai je kat rumah, belum sempat nak buat pape, tak sempat 1 saat nak duduk diatas kerusi, eh ade pulak yang nak cari pasal. Seorang manusia hantar mesej macam nak marah Mia, eh kalau henfon tu boleh baling macam selipar jepun, dengan perasaan geram Mia nak baling ke dinding ! Tapi sabar jela, henfon tu tak salah, orang yang hantar mesej kat henfon tu yang salah. Kan ? Abaikan. Geram terkawal bila tengok gambar yang Mia ambik kat KFC tadi.
Senyumlah! Boleh ?
Tutorial : Scroll Box Untuk Ruangan Komen
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kali ni Mia nak buat tutorial scroll box untuk ruangan komen atas pertanyaan Encik Boni. Kalau komen banyak, takdelah berserabut sangat bila ada scroll box kan. Haa.. Apa tu scroll box ruangan komen ?
Macam ni haa..
Okay, jom belajar !
1. Pergi Dashboard > Design > Edit HTML
2. Tick Expand Widget
3. Tekan ctrl+F serentak cari kod ni.
<div class='comments' id='comments'>
4. Kalau dah jumpa, buang kod tersebut dan gantikan dengan kod kat bawah ni.
<div class='comments' id='comments' style='overflow:auto; width:ancho; height:500px;'>
Yang merah tu, boleh ubah mengikut ketinggian scroll box yang korang nak.
5. Preview dulu, kalau takde masalah, bolehla klik SAVE!
Anugerah Blog & Blogger Paling Popular
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni Mia join contest lagi.. Thanks BONI JLL3 sebab tag Mia untuk join contest ni. Hakikatnya Mia tak berani nak join contest ni.. Rasa macam Mia tak layak je nak bersaing dengan blogger lain. Adeh.. Blog Mia ni bukanlah hebat mana pun, segan pulak nak join. Tapi join jugaklah, cuba nasib kan.. Menang ataupun kalah, tak kisahlah..
klik banner kat bawah ni kalau nak join.
Al-kisah tentang Blog Mia..
Blog ni hanya mengisahkan tentang kehidupan Mia seharian.. Apa yang Mia tahu, Mia kongsi dengan kawan-kawan kat sini.. Kalau yang nak hias/edit blog tu, Mia ada buat tutorial untuk tolong mereka sikit-sikit, tu pun kalau diorang tanya Mia la.. Mia berkongsi apa yang Mia tahu je. Blog ni takdelah sehebat blog-blog yang lain, rasanya tak mampu nak lawan mereka yang popular tuh.. Jauh rasanya diri ini..Sedih bunyinya kan ? Tapi tak mengapa, blog ni adalah tempat untuk Mia bercerita dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman. Dengan adanya blog ni, semua kisah dalam kehidupan Mia seharian boleh diabadikan sebagai kenangan kat sini. Sesuai dengan kata-kata Mia iaitu "Hari Ini Adalah Kenangan Untuk Esok". Yeah! Moga ianya menjadi kenangan untuk esok, lusa dan seterusnya..
Itu je mengenai blog Mia..
Pada sesiapa yang nak join, bolehlak klik kat banner atas tuh.
Ataupun lebih senang jom singgah Fixx Mikz Official
Syarat-syarat penyertaan..
Okay, sudah. Sekarang Mia nak tag pada GENK CORNER | BIQA HATMIN | CTK
Apa Guna Status Adik Beradik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semua orang sayangkan family masing-masing. Termasuk Mia, Mia pun sayang keluarga Mia. Tapi sedih bila mengenangkan nasib kawan Mia yang diperlakukan seperti anak tiri dalam keluarganya. Keadaan diri dia bukanlah sihat seperti orang lain, selalu sakit sampai tak mampu nak bekerja. Ada satu hari tu, dia sakit tenat dan bagitahu ayah dia supaya bawa dia pergi klinik, tapi sia-sia je.. Ayahnya buat tak tahu je, kakaknya pulak tak peduli lansung, padahal hari tu kakaknya cuti bekerja.
Adilkah bila dia diperlakukan sebegitu ? Bukan nak salahkan ayah ataupun kakaknya, tapi dimanakah tanggungjawab mereka ? Lebih membuatkan dia terasa hati bila ayahnya bagi duit kepada adiknya untuk beli baju, padahal masa dia minta duit untuk pergi ke klinik, takde satu sen pun yang ayah dia kasi. Boleh nampak kan betapa adilnya seorang bapa yang pilih kasih. "Anak yang ini sakit tenat nak pergi klinik, ayah tak nampak. Anak yang bongsu nak beli baju buat jalan-jalan, laju-laju je ayah kasi duit". Apa guna ada adik beradik kalau masing-masing pentingkan diri sendiri.
Untunglah hari tu Mia terasa nak call kawan Mia tu. Terkejut bila mendengar suara dia yang dalam keadaan sakit. Katanya, dia dah tak larat sebab buah pinggangnya makin sakit. Bila dengar dia dalam keadaan macam tu, Mia terus bawa dia pergi klinik. Nasib baik doktor cepat merawat. Alhamdulillah dia dah makin sihat selepas makan ubat.
Dari kisah dia membuatkan Mia sedar, keluarga lebih penting dari segala-galanya. Mia bersyukur sebab Mia tidak menerima nasib yang sama seperti dia walaupun Mia dibesarkan tanpa adik, kakak, ataupun abang. Biarpun terkadang terasa bosan kerana menjadi anak tunggal, tapi Alhamdulillah Mia bahagia dengan keluarga Mia yang selalu peduli pada Mia 24jam. Hanya kawan serta sahabat yang menjadi kakak, abang dan adik. :)
Hilang Kawan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam satu hari, macam-macam hal boleh terjadi dalam kehidupan semua manusia. Boleh dikatakan sejuta hal yang terjadi dalam masa 24jam. Ada yang couple la, putus cinta la, bertunangla, bercerai la, dapat anak la, dapat mak tiri la, dan macam-macam la Mia merepek. Okay, hari ni ada salah satu hal dah berlaku kat Mia, dan hal itu sangat-sangat buat Mia terluka. Sedih tahap melampau bila berpisah dengan seorang kawan baik.
Apa nak dikata, mungkin dah takdir untuk berpisah. Mia redha dengan apa yang dah berlaku. Susah senang kitorang bersama, berkongsi masalah, tukar pendapat, ketawa dan sedih bersama-sama, tapi kalau dah tiba saatnya untuk berpisah, Mia terima. Mungkin itu jalan yang terbaik dan siapa tahu mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan.
Apa punca berlaku perpisahan ni biarlah Mia dan dia je yang tahu. Sudah . Malas nak taip panjang-panjang. Eh korang dengar tak ? Perasan tak ? Ada lagu kat blog Mia. Layan jela lagu dari Aizat & 1st Edtion yang tajuknya Perpisahan Ini. Ewahh. Mentang-mentangla tengah sedih kan. Okayla, nak nangis dulu.
Bila SMS Kekasih | Pernah Camni Ke ?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Korang pernah tak ? Pernah tak korang ? Tak pernah korang ? Adeh ! Sesiapa yang ada boyfriend atau girlfriend tuh pernah tak sekali dua kala, mesej 24 jam, lepas tu korang tetiba hilang idea apa yang nak di mesej untuk dia. Ape kes ?
Err.. Dulu pernah terjadi camni kat Mia, masa zaman neolitik dulu la katakan. Mesej 24jam, macamlah tak benda lain nak dibuat dah. Kalau henfon tu manusia, dah lama dia maki Mia laju-laju.. Tapi tu dulu jelaa.. Sekarang, wabak tu melekat kat kawan Mia pulak. Maklumlah sekarang dia couple dengan cousin Mia, tengah tenat mabuk bercinta. Ngehngeh.
Model blog sendiri..
Tutorial : Balas Komen
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ada yang tanya Mia macam mana nak buat reply to comment.. Okay, jom bersedia ! Meh kita belajar.. Sebelum tu, kalau yang tak tahu apa reply to comment tu bolehla tengok gambar dibawah ni ye..
Haa.. Okay.. Jom buat..
Langkah pertama : Pergi dashboard>Design>Edit HTML
Langkah kedua : Tick Expand Widget
Langkah Ketiga : Tekan ctrl+F serentak cari code dibawah ni :
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
Langkah Keempat : Copy code kat bawah ni kemudian korang paste kat bawah code yang korang cari tadi.
<span class='comment-reply'><a expr:href='"https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR BLOG ID&postID=" + data:post.id + "&isPopup=true&postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23" + data:comment.anchorName + "%22%3E" + data:comment.author + "%3C%2F%61%3E#form"' onclick='javascript:window.open(this.href, "bloggerPopup", "toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450"); return false;'>[Reply to Comment]</a></span>
Langkah kelima : Tukarkan YOUR BLOG ID dengan BLOG ID korang.
( kalau tak tahu macam mana nak cari blog id, tengok contoh gambar kat bawah )
Langkah keenam : Preview dulu kemudian boleh save.
Kalau korang nak Reply To Comment jadi icon/gambar yang comel camni..
Delete [Reply to Comment] kemudian gantikan dengan code kat bawah ni.
<img alt='Reply To This Comment' src='URL GAMBAR ANDA'/>
Gantikan URL GAMBAR ANDA dengan URL icon/gambar/button yang korang nak okay.
Kat bawah ni Mia ada sediakan button yang comel. Kalau korang nak korang boleh ambil je.
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply1.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply2.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply3.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply11.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply12.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply13.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply14.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply15.png
http://i1110.photobucket.com/albums/h453/miameymi/reply16.png
Okay, dah siap. Cuba preview dulu, kalau ok, bolehla save ea. !
Tutorial : Cara Letak Link Entry Dalam Komen
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Haloo.. Kali ni Mia buat tutorial ni atas permintaan seseorang.. Hee. Okay.. Sonang sajo nak letak link entry kita dalam komen-mengomen nih.. Eh ! kejap, tahu tak apekemende letak link entry dalam komen tuh ? Yang tak tahu bolehla tengok gambar kat bawah ni. Yang dah tahu, buat-buat tak tahu okay. :p
Camni haa..
Okay, sekarang jom kita belajar..
Copy and paste code kat bawah ni dalam komen korang..
MESEJ KORANG : <a href="LINK ENTRI KORANG"><b>TAJUK ENTRI KORANG</b></a>MESEJ KORANG - Taip je ayat meletop korang..
LINK ENTRY KORANG - Letak link entry yang korang nak.
TAJUK ENTRY - Letak tajuk entry korang..
Lepas tu, ape lagi. Publish terus. Hee.
Ouh Mia Jatuh Hati Pada Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yeah! Mia dah jatuh cinta pada Ahmad.. Peribadinya sederhana, tiada banyak bicara, aku tak mahu lama-lama, mendekat kepadaku dengan segera. Oh setiap hari, hanya Ahmad Ahmad Ahmad dan Ahmad lagi ditelinga nih. Oh siapakah dia ?
Eh sebenarnya Ahmad tu bukanlah sesiapapun. Itu hanyalah lagu.. Sekadar lagu dan tiada kaitan dalam hidup Mia. Boleh tahan kan Arrora Salwa punya lagu yang bertajuk Ahmad tu.. Biarlah lagu ni dah lama pun, tak kesahlah. Asalkan telinga ni tak sakit untuk mendengarnya. Okay,jom layan lagu ni. Arrora Salwa - Ahmad
Eh muka nak menyebok kejap! Ngee.Tajukkk larikk !
Tutorial : Pasang Iklan Churp-Churp
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tutorial ni Mia buat untuk ENCIK BONI dan blogger lain yang nak tahu camne nak pasang iklan churp churp ni. Pastikan korang sudah mendaftar Churp Churp dulu ye.
Okay. Jom mulakan!
Step 1 : Add gadget > HTML/JavaScript
Step 2 : Copy n paste code dibawah nih !
<a target="_blank" href="LINK IKLAN CHURP CHURP"><img style="width: 100px; height: 100px;" alt="ads" src="URL GAMBAR CHURP CHURP" border="0" /></a>
( Yang merah tu korang boleh ubah besar mana gambar yang korang nak ok! )
( Yang biru tu korang gantikan dengan link & url churp churp korang.
Step 3 : Ok. Cuba preview. Kalau dah jadi klik SAVE !
Kalau yang tak tahu macam mana nak ambil LINK IKLAN & URL IKLAN tu boleh tengok kat bawah ni..
Pilih iklan mana yang korang nak okay!
Langkah 1 : Klik Kongsi
Langkah 2 : Untuk dapatkan LINK IKLAN CHURP CHURP , klik untuk salin link tu.
Langkah 3: Untuk dapatkan URL GAMBAR CHURP CHURP, tekan right click pastu copy image url..
lepas copy n paste semua link dan url image tersebut, code yang mia bagi tadi tu akan jadi camni.
contoh :
<a target="_blank" href="http://www.churpchurp.com/miameymi/share/bioinfinity"><img style="width: 100px; height: 100px;" alt="ads" src="http://cdn.main.churpchurp.com/buzz/img/5632/7682.png" border="0" /></a>
Kalau korang nak letak banyak-banyak iklan churp churp tu, korang boleh ulang step yang sama ye.
Giveaway My Granny Square
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Okay.. Kali ni Mia join Giveaway pulak..
Aiyokkk.. Meh-meh join bersama Mia..
Nak join jom ler terjah KLIK SINI ! TEKAN SINI !
Eh lupa letak banner pulak !
Okay.. Ini banner nye..
Okay. Hape tunggu lagi!
Dapat hadiah tau dak! Ngehngehngeh..
tag : SYABELLA