Henfon Kena Sihir Jadi 'Astro Remote'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Tanpa merepek panjang, Mia terus nak bercerita satu kejadian dua hari lepas yang dah berlaku di awal pagi ketika Mia bangun untuk bersahur.  Pada masa tu Mia dalam keadaan mata yang sangat mengantuk dan tangan pulak cuba mencapai henfon yang biasanya Mia letak disebelah bantal. Tujuan mencari henfon tu Mia nak tengok jam pukul berapa sebab pagi tu henfon Mia tak buat bising. Selalunya dialah yang kejutkan Mia, tapi entah kenapa senyap sunyi sepi je.

Ketika tangan ini berusaha mencari henfon yang masih gagal ditemui, minda mula bergerak aktif memikirkan yang henfon tu mungkin terjatuh bawah katil kemudian matiiii. Adeh..Heran betul kemana pulak henfon kesayangan tu menghilang. 

Alangkah terkejutnya hati & jantung ni bila lain yang dicari lain pulak yang ditemui. Macam mana remote astro boleh ada dibawah bantal sedangkan benda tu wajib kena ada dekat dengan tv diluar bilik. Heheh. Rasa yang mengantuk  hilang secara mengejut. Merenung jauh mengenang apa yang terjadi dan fikir punya fikir, barulah dapat jawapannya..Mungkin sebelum Mia masuk tidur Mia terbawak remote tu dalam keadaan separuh tidur separuh sedar. Bila dah mengantuk henfon sendiri pun boleh tertukar dengan remote. Patutla henfon tak berbunyi, macam mana nak berbunyi kalau ada kat luar bilik. Hee. Ingatkan ada hantu yang sihir henfon tu jadi remote, tapi mana ada hantu dibulan puasa. :p

 ketawa bergolek-golek dalam hati bila tengok remote ni. :D

Nota pendek : Teringat pulak zaman kecik-kecik dulu pernah letak remote tv dalam peti ais. Bising orang dalam satu rumah mencarinya. Haha