Diam Banyak Manfaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Bila kita diam, orang kata kita pendiam. Bila kita bersuara, orang kata kita banyak cakap. Mana satu yang kena dengan hati orang? Baik yang kita buat, buruk dimata mereka. Susah kan nak puaskan hati orang? Apapun, diamkan diri, diamkan mulut adalah cara terbaik untuk kebaikan kita dan orang lain. Kalau kita berlawan mulut, makin keruh keadaannya.

"Bagi orang-orang yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah jangan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaiknya digunakan untuk mengeluarkan ungkapan dan kata-kata mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia."

Hikmah Diam
 Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
 Perhiasan tanpa berhias.
 Kehebatan tanpa kerajaan.
 Benteng tanpa pagar.
 Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
 Menutupi segala aib.


Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
”Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. (Riwayat Abu Naim)

”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
”Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Berdiam:
 Banyak diam tidak semestinya bodoh,

banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran.
Orang cerdik yang pendiam lebih baik,
dari orang bodoh yang banyak cakap.

♥ Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.

 Kalau orang menghina kita,
bukan kita yang terhina,
sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri.

Sumber : Hikmah Diam
Notapendek: Alhamdulillah demam dah semakin baik.
ads
ads