Diam Banyak Manfaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Bila kita diam, orang kata kita pendiam. Bila kita bersuara, orang kata kita banyak cakap. Mana satu yang kena dengan hati orang? Baik yang kita buat, buruk dimata mereka. Susah kan nak puaskan hati orang? Apapun, diamkan diri, diamkan mulut adalah cara terbaik untuk kebaikan kita dan orang lain. Kalau kita berlawan mulut, makin keruh keadaannya.

"Bagi orang-orang yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah jangan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaiknya digunakan untuk mengeluarkan ungkapan dan kata-kata mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia."

Hikmah Diam
 Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
 Perhiasan tanpa berhias.
 Kehebatan tanpa kerajaan.
 Benteng tanpa pagar.
 Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
 Menutupi segala aib.


Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
”Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. (Riwayat Abu Naim)

”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
”Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Berdiam:
 Banyak diam tidak semestinya bodoh,

banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran.
Orang cerdik yang pendiam lebih baik,
dari orang bodoh yang banyak cakap.

♥ Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.

 Kalau orang menghina kita,
bukan kita yang terhina,
sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri.

Sumber : Hikmah Diam
Notapendek: Alhamdulillah demam dah semakin baik.

30 comments:

Mira Adzlia said...

diam lbih baek.. ^_^

Khairiz said...

yup betul tuh, memang susah kalau kita nk puas kan hati orang ni, so berdiam la, pedulikan apa orang katakan, bukan kita berdiam sahaja, tapi kita diam berisi, dan sabar juga....

kita diam x banyak perkataan salah keluar, lau kita banyak cakap t banyak la perkataan salah kuar, dapat lak dosa t lau kita salah sebut kn??

shahrazali said...

susah nak puaskan hati semua org... susah jgk nak tutup mulut org nk mengata kita kan...

lg satu,,diam tandanye setuju...ni ayat org dulu2 kalau ada yg masuk meminang...hehe...skrg pun mybe pakai lg kot..

makan ubat,,rehat cukup2... semoga demam sembuh sepenuhnya...

hyz said...

bercakap bila perlu. itu lebih baik... =)

Ck Syaa ツ said...

yg diam ni xbyak dosa... huhuhu
nak b'ckap, guna jari sje...

Niena Sofea said...

Salam ..

Niena tag anda dalam contest ni ..

http://nienasofea.blogspot.com/2011/12/constest-i-love-my-bff.html

Jom sama2 join .. =)

.: mama lynn :. said...

suka sgt entri ni... get something kan.. errmm diam dan diamm .. supaya fitnah pun tak timbul

.: mama lynn :. said...

suka sgt entri ni... get something kan.. errmm diam dan diamm .. supaya fitnah pun tak timbul

zaty said...

betul tuu.ckp byk pun takut ke arah mengumpat je.klu berdakwah takpe gakk.so better diam :)

LubLy said...

senyum xperlu kata apa-apa..senyum..
thx folo lebly ye mia..
slalu la ziarah bel0g lebly ya..
chantek btl bel0g mia..

Bella Roast Almond said...

sesekali diam adalah indah..:)

safwanmahzin said...

mane boleh diam jee......diam bila perlu dan cakap bila perlu jugaa..=) kan????

S H I T E Q said...

cakap bila perlu, diam bila x dperlukan. heee. like this entry dear. much2!

Wife Wise said...

diam xbermaksud anda salah...

shazwan: said...

btol. stju.

fae jamal said...

lebih baik diam..tak perlu kata apa-apa..

UniMeOw said...

yup...uni nak diam la pasnie..hehe

~ miSs rAkinAh ~ said...

http://missopansantun.blogspot.com/


singgah sini~

shahrazali said...

hi mia....lme x update....

farhan said...

diam kurangkan dosa drpd ckp perkara2 mcm mengumpat..

sarzli usm said...

tapi kalau diam je dalam meeting...nanti kene halau ngan bos.. :P

EruzuLiyana said...

diam itu perlu pada sesetengah situasi :)

FatinKpopLover said...

singgah sini dan jom http://fatinkpoplover.blogspot.com/

Cahaya Qaseh said...

suke this entry.. sangattt!!!!! ^__^

Miszyuyu said...

nice entry!

Hai , my dear followers.. Yuyuk ada buat GA utk meraikan followers tersayang.. jom join <3 http://yuyukstandalone.blogspot.com/2012/03/yuyuk-1st-giveaway-sticky-post.html

IQWANROSLANNI said...

info yang menarik!

aydah ahmad said...

diam itu indah sebenarnya .
silence is best option act :)
kalau kita bnyak berkata-2 makin terserlah kita punya kebodohan :)

Inani said...

ye..betul tu..kalo banyak cakap..nnti takut ada yg terasa ati pulak kang nanti..ehehe

Boni JLL3 said...

miameymi.blogspot.com..please come back..

Siti K------- said...

betul...dia lebih baik drpd dpt dosa duk mengumpat org..hehe