Mesej Penting Yang Mensiakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Kali nak cerita sesuatu yang telah terjadi pada diri Mia dua tiga hari lepas. Terasa bagaikan betapa pedihnya amarah dalam hati ni.

Okay, kisahnya camni..Mia ada hantar mesej yang penting kat kawan Mia, kemain semangat lagi taip mesej dengan harapan dia akan balas. Tapi lepas hantar tu Mia tak check balik dalam sent item. Abaikan camtu je. Tunggu punya tunggu takde jugak mesej yang dia balas. Dalam kepala otak ni 'dia ni takde kredit ke atau sengaja taknak balas mesej aku..sia-sia aku taip mesej..ngok betul"..Demi menjimatkan kredit, Mia buat tak tahu je,malas la nak telefon. Hati ni memang dah betul-betul merajuk dengan dia. Lantak dialah tak nak balas mesej pun.

Tapi dengan secara tak sengaja Mia bukak folder sent item, belek punya belek, "eh aku ni hantar mesej kat orang lain nape orang lain pulak yang aku sent". Okay kali ni Mia pulak yang ngok..Free je dapat dosa marah kat kawan Mia tu padahal Mia sendiri yang salah. Silap hantar mesej kat orang lain rupanya! Memang cuai betullah. Orang yang dapat mesej tu pun satu hal, boleh pulak dia buat tak tahu je.! Bukannya nak tegur salah Mia hantar mesej kat dia. Adeh.


Sepanjang kenal henfon tak pernah jadi camtu. Tu yang pertama kali berlaku. Huh..

Jadi,kepada sesiapa yang nak hantar mesej tu, janganla cuai macam Mia. Tengok betul-betul kepada siapa yang kita nak hantar. Nanti tak pasal-pasal mesej yang nak dihantar kepada buah hati tersalah hantar pada mak,ayah,nenek,kawan,cikgu,maksedara dan sebagainya. Fikir-fikirkanla apa yang akan terjadi lepas tu..:p

Notapendek: Sia-sia berharap pada sesuatu yang mustahil.

32 comments:

yana yani said...

yana pon prnah jadi mcmtuh malu dibuatnya :P

ummiarissa said...

akak pun ada cerita sikit pasal orang anta mesej salah nombor ni...akakn mention dah salah nombor tapi still balas lagi..

Che Rosliza Che mat said...

Kadang2 Sis pun cam tue jugak hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh kena..hihi..tp minta maaf aje balik.

Adylia Qarissa said...

heheheee...tersalah hantar kat mak pak ayat2 cinta :)

yusuflaili(Goku) said...

kalau yang banyak kekasih tersalah hantar kan kecoh jadinya.

Boni Kacak said...

hai mia.. lenkali tolonglah salah hantar mesej kat saya ye..

Fz27 said...

kadang-kadang saja hantar mesej macam salah send kat orang (bila bosan tahap gaban)

Fikri said...

Haa.. mrajuk dgn BF la 2. Haha. :D

shahrazali said...

sy klu send msg, akan pastikan msg tu delivered kt penerima dulu...lg2 klu msg penting... masa trime report delivered tu kira check la jgk msg tu sampai ke tmpt yg btol..

reza al-razi said...

hoho.. bahaya klo trsalah send msj nie.. nak msj awek termesej mak sendiri.. hehe..

tirahzairi said...

mmg memalukan...hihi

hairy said...

sabr2...sya pn pernah jd cmtuh..bahahah...

tirahzairi said...

check sent item yer...hihi

khairul akmal bin azman said...

nxt hati2.. silap2 marah awk nye bf baca karang.

done follow ur tweet!

Nurulee said...

Ee byk kali jadi camtu. hahaha =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/three-things-in-one-e.html

khairul said...

selalu kena camni .

-meeSUPERGIRL- said...

pernah terjadi . smpy cerai2 . haha .

Muttallif said...

Hahaha...pernah terjadi dekat Taliff. Tapi memang terpaksa mengakui kesalahan sendiri.

Nasib baik tak pergi marah2 kawan.

Apapun selamat berpuasa

Aiisyah Colourful said...

haha.. lepas ni nak hantar mesej kena pastikan betul2 nama org yg nak dihantar

faizal mohd said...

aiyark!. tu la lenkali kena check folder sent. hehe

idizz89 said...

salam... sy pun pernah jdi cam 2... hehe.. selalu antar taip aje no..
ad msa tue, no tertukar.. tunggu punya tunggu, x blas2.. check sent item, aduhai.. hehe :P
klu yg bgi respon, dia tlfon tny nie sape.. malu2.. :D

missha said...

pernah jugak jadi macm ni.,..hehe..naseb orang yg dpat msg tu tegur yang missha salah hanta. :)

Norain Hana Badarudin said...

penah jugak jd cmni..ade tu ingtkn org tu x bls..tp msuk dlm spambox ape yg dye balas tu

Radsmil said...

ha3.. lucu pula baca entri.. tula lain mia check betul2 ekk.. ele, kawan ke tu taupun boipen..;P.. neway selamat berpuasa...^^

miss Fyqa said...

pernah jugak jd. nasib perasan. trus hanta msg balik, sorry salah send. hehe

Azee Hana said...

selalu jugak jadi macam tu,,hari tu,,anta mesej kat kaka nak beli hadiah ape tuk hari jadi ayah,,alih2 mesej tu tersalah hanta kat ayah..dah x suprise,,kantoi,,haaha

*zafirah* said...

haha,fira pun pernah terjadi macm tu :))
btw,fira dah follow sini,jemput singgah dan beri pendapat di blog fira ya?

http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/08/kelahiran-putera-ke-5-dalam-keluarga.html

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

eyqa pena camtoo gak.. malu ase..
jemput dtg blog eyqa.. done follow ur blog.. http://chocolateholic4eva.blogspot.com

Mieya Atiera said...

Biasa lah tu kalau dah over excited nak berbalas text bagai.

Lyaa Suriany said...

HEHE
kita pun slalu
xpsl mrah org lain

khairul akmal bin azman said...

hehhe.. next time alert aw
xmo main send je