Cinta Seribu Tangisan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat petang warga-warga blog. Ohho.
Hari ni Mia nak kongsikan cerita lama yang Mia terjumpa dalam salah satu majalah
yang telah berkurun lama didalam almari. Majalah zaman Mia sekolah lagi tau!
Cerita yang Mia nak kongsikan ni mungkin korang
pernah terbaca kat mana-mana, tapi suka hati sayalah kalau nak kongsikan jugak . Ahha.
Oke. Dalam cerita ni adela sikit Mia ubah ayat-ayatnya biar gempak macam
lagu ayat-ayat cinta dari Rossa tu. Apapun segala cerita yang ada kat bawah ni
hanyalah photocopy semata-mata dan ada kena mengena dengan yang hidup. Ahha . :p
selamat membaca! :D

Al-kisah bermula .. .. ...

Dalam kesuraman ultralembayung, ketika bulan menumpahkan cahaya
dikaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenang nostalgia lama yang kita palikkan bersama.
Kehadiranmu bersama molekul-molekul natrium hidrosida menerjang segala kekusuran yang
membelit tali usus dan pancreasku.

Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu, gelora dan shahdu. Kau juga
mengajar aku erti cinta, singa laut, beruang kutub,kambing salji, laicikang dan mee sup.

Kala itu kita bagaikan Yusri dan Erra, kau dan aku bagaikan
Zuragon dan Siti dalam senario xx yang tak dapat dipisahkan. Malangnya hubungan
yang mendapat liputan meluas hingga ke planet pluto itu telah mengundang kekecewaan seluruh penoreh
getah dihutan belantara, Kau pergi jua untuk bersama si dia ketika filem
Dealova baru nak ditayangkan. Sesungguhnya semua ini terjadi gara-gara penebangan pokok
balak secara besar-besaran di Negara Pasir Dua Butir.
Pemergianmu itu membuat aku mengidap penyakit resdung dan jangkitan ifluenza. Ketiadaanmu
itu memaksa aku memakai helmet setiap hari sebagai langkah keselamatan.

Aku sendiri tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
Aku bagaikan tergelincir dari obit bumi apabila graviti tidak lagi berfungsi terhadapku.
Setelah aku tersungkur dalam penantian yang berlarutan hingga ke rubber set, seluruh
perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang
hanya ditemani stalaktit dan stalagmite.

Vila cinta yang kita bina dari makgat basikal akhirnya musnah akhirnya
apabila kau berpaling tadah tanpa melihat satu per empat belah mata pun. Ternyata kau
telah berubah setelah sidia muncul dalam hidupmu tanpa aku menduga.
Akhirnya aku sering lari setempat bila terserempak denganmu. Sejak itu
aku sering keseorangan, berbual dengan pokok durian. Kadang-kadang
aku mengikat botol kicap pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.
Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenang dirimu yang kini bahagia bersamanya.
Aku cuba bermain masak-masak sambil menyanyi lagu enjit enjit semut untuk melupakanmu.
Namun aku tidak berdaya kerana jasadmu sentiasa di mataku.
Aku cuba sedaya upaya untuk menafikan perasaan kasih sayang yang kian
berputik terhadapmu. Lalu, aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor
ayam jiranku, menandakan rasa sesalku atas apa yang telah berlaku dan sememangnya
aku bersalah.

Kenapa ? Mengapa semua ini terjadi ?
Mengapa setelah kau mencuri hatiku, kemudian kau gadaikannya di kedai Habib Jewels.
Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni simen yang kau timpakan ke atas belakangku.
Derita yang kau timpakan ke atas belakangku bagaikan mengendong 30 ekor cicak
dan 100 ekor semut dan kini, dan kini segala harapanku telah hancurkan bagaikan aku terjatuh
dari loji air dan dihempap oleh pemancar TV lalu tersangkut di celah landasan kereta api KTM.
Oh sungguh berat dugaaan yang ku tempuhi dan kini semuanya telah berakhir.

Aku sedar siapa aku , aku hanyalah seekor biri-biri didalam kandang lembu.
Aku bukan Doraemon, Aku bukan Kiteretsu atau Detektif Conan. Aku juga bukanlah
Keluang Man adik kepada Cicak Man yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri ini
dan kemudahan awan ditempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana mee goreng dan jadi
mee rebus. Tin Sardin yang ku genggam telah pun x-pire date.

Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah
ekzos motor telahku kitar semula didalam tong jingga kerana aku berfikir dulu sebelum buang.
walaupun kenyataan dan realitinya tidak sepatutnya dimasukkan didalam tong jingga.
Tapi aku buat dekk jer..

Walaupun segalanya telah berakhir, diatas pokok nangka ini aku tetap menunggu
kau kembali ke sisiku. Selagi ada nafas ini, selagi ada shopping kompleks, selagi ada
selipar jepun cap facebook kat kedai, selagi ada makanan di KFC, selagi
kumpulan Amuk tidak berpecah, aku tetap menunggu mu sehingga bulan
jatuh ke riba. Percayalah..selagi pintu rumah dan tingkap rumaku masih terbuka selagi itulah
hatiku masih menantimu..

lalalala:tiada mengena dengan kisah hidupku.

5 comments:

Unknown said...

aku juga akan menunggumu.hahaha :p

penaberkala said...

lol, bahasan bombastik habis
segala macam benda ada,kah3
makgat basikal pun ada? adeiih

lawak

Mia Meymi said...

@penaberkalahahaha..entah ler..

blogciknyonya said...

nice entry .. suka baca ... btw, nice blog , dear ...

Mia Meymi said...

@blogciknyonyathanks dear .. :)

ads
ads