Cemburu Ataupun Ego ? Gedik Ataupun Mengada ? Perasan Ataupun Terlebih bagus ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Pehh..tajuk ! Mengalahkan rancangan Melodi..Haha..
Ok. Tak payah pedulikan tajuk utama..
Hari ni, Mia nak tanya pendapat korang lah.. Terutama pendapat dari insan yang bernama lelaki.. Pendapat dari pihak perempuan jugak dimahukan..

Begini kisahnya..
Semalam Mia keluar dengan kawan, dan kawan Mia tu bawa dia punya sepupu (perempuan)..
Mia tak lah rapat sangat dengan sepupunya tu..Cuma kenal-kenal camtu je..

Disepanjang perjalanan kami, sungguh Mia tak sangka..
Sepupu kawan Mia tu banyak pulak perangainya..

Yang pertama,
Bila ada lelaki tersilap pandang, tak tau lah lelaki tu pandang kat sape,
tapi, sepupu kawan Mia tu boleh pulak cakap 'lelaki-lelaki' tu nak ngorat dia..Walhal, tak tahu pun lelaki tu pandang kat dia ataupun tidak.. Dah diorang ada mata, mestilah terpandang kan ? Tak semestinya nak mengorat kan ?

Yang kedua,
Suka sangat nak lalu didepan budak lelaki yang ramai.. Motif ?
Senang-senang je dia jawab, "nak takut apa?"

Yang ketiga,
Merajuk dengan tetiba.. Awalnya dia ada cakap nak singgah kat tempat dia kerja..
Tapi, Mia tak layan sebab takut lewat balik ke rumah nanti..
Kerana nak puaskan hati dia, ok.. Mia bawak dia ke tempat dia bekerja tu.
Kemain lama dia berborak dengan kawan-kawan dia.. Pehh.. penat Mia menunggu kat luar..
( kawan Mia cakap , sepupu aku tu suka kat manager lelaki yang baru, sebab tu dia nak sangat singgah kat tempat kerja dia ni )
Eh.. kalau Mia tahu camni, takkan aku bawak kau kesini.."bercakap dalam hati".
Penat menunggu dia hampir setengah jam..

Yang keempat,
Mudah berkenan kat lelaki hensem.. Tak kiralah balak orang ke, laki orang ke..
Eh nasib baik Mia takde BF.. Kalau tak, ngan BF aku sekali kau kebas! Haha..

Yang kelima,
Bila berdepan dengan lelaki, "Yang baik semua bagi kat dia, Yang buruk semua bagi kat orang lain.."
Nak tunjuk baik kononnya.. Nak bagi semua lelaki pandang elok je kat dia..
Kata kawan Mia, pernah sekali sepupunya tu tengking dia depan lelaki.. dapat malu free je kan kawan Mia tu..Kesian..

Alahai.. macam-macam dia punya perangai..
Semua manusia tak sempurna, tapi janganla sampai buat orang lain jadi mangsa demi kebaikan sendiri..Pentingkan diri sendiri namanya tu..
Apa pendapat korang ? Lelaki terutamanya..
Bila lelaki tengok perempuan, 'terpandang' la katakan, apa motif korang ?
Takkan terpandang je korang dah ada niat nak mengorat ? Tak semestinya macam tu kan ?.
Dah ada mata, mestilah tertengok..

Apa pendapat korang bila ada perempuan bersikap camni ?
Anda suka ? Kongsi sama saya..:p

lalalala : Ada sesiapa punya kawan macam ni ?

4 comments:

nsyud91 said...

haha sebab dia rasa dia lawa kot Mia ? :P Biasa lahh tuh . Pernah jek ada membe camnih , annoying gila okay -,-

Mia Meymi said...

@nsyud91
hehe.. mcm2 kan..rsa lawak pn ade gak..:p

Nazirah said...

abaikan je minah mereng macam tu

fatin nabila said...

haha. kelakar je lah dia tu :P