Saat Terakhir Dalam Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ni, terasa seperti mood dah pergi.. Hurmm.. Kegembiraan hilang dengan tiba-tiba..
Kenapa dengan diri ini .. Kenapa otak mula aktif berfikir pada benda yang bukan-bukan..
Hati mula bertanya.. Kenapa dengan Mia ? Apa yang dah terjadi..


Kejadian yang sama terus berulang.. 3 malam berturut-turut kepala ni asyik sakit je
dengan tetiba.. Pada malam 2 hari lepas, sakit mula
menyerang kepala ni. Terasa seperti ada orang yang ketuk kepala ni dengan kayu.. Eh kalau ada orang kat belakang Mia pada masa tuh, dah memang kena sepak dah..Tapi Mia hanya keseorangan didalam bilik..
Apa daya, sakit yang teramat sangat..
Hanya Tuhan je tau pada masa tu.. Mia cuba untuk bangun, tapi Mia jatuh.. Sakit sangat..Sampai mata pun tak boleh nak bukak.. Sakit yang terlalu, pedih seperti ada darah yang mengalir, hingga dada mula sesak.Nafas mula perlahan.. 


Pada masa tu jugak, hati mulalah nak sebak.. Perkara yang bukan-bukan mula difikirkan..
Hati mula bersuara, adakah ini yang terakhir dalam hidup ni.. dan .. bagaimana kalau ini yang terakhir..
Kita yang hidup pasti akan kembali padaNya.. Alhamdulillah, sakit tu tak lama.. Sakit cuma datang dengan tetiba je.. Tapi lepas tu, sakit tu akan hilang..


Mia harap ini cuma sakit kepala biasa je.. 
Apa yang penting, kita harus bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi kat kita..
Hidup ni tak lama.. Sesiapapun pasti akan mati..
Ingat lima perkara sebelum lima perkara..
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua..
Kaya sebelum miskin..
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum Mati..





No comments: